Results

Sunday, January 22, 2006

Friendly Match: vs SA United

Score: 2 - 1
Goal Scorers:
      1. Name : Kawan Wan(Tak ingat nama)
      2. Name : IR Abd Nasir
Summary:

Pasukan Jenoba FC turun sebagai pasukan 'under-dog' berdasarkan reputasi pasukan lawannya, SA United yang mempunyai ramai pemain berbakat dan berpengalaman luas dalam permainan bola sepak domestik (Liga Shah Alam, Liga Alumni, Liga Damansara, Liga Universiti dsbnya). Babak awal perlawanan menyaksikan saingan yang seimbang daripada kedua-dua pasukan. Ancaman bertubi-tubi ke arah kedua-dua pintu gol tampak bersilih ganti dan ini memaksa kedua-dua penjaga gol mempamerkan aksi yang hebat dalam menangkis setiap percubaan.
Setelah penat mencuba, akhirnya pasukan Jenoba FC berjaya mendapatkan gol menerusi penyerang import, iaitu kawan kepada Mohd Nazwan, yang menolak masuk hasil daripada pergelutan di hadapan pintu gol SA United. Gol itu telah berjaya menaikkan tahap keyakinan pemain Jenoba FC untuk terus beraksi seperti biasa tanpa menghiraukan reputasi tinggi pasukan lawannya. Kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Kedua-dua pasukan membuat pertukaran pemain bagi memulakan babak kedua perlawanan supaya lebih bertenaga. Tindakan ini ternyata berkesan kepada pasukan SA United yang berjaya membolosi gawang Jenoba FC yang ternganga luas hasil daripada salah faham di antara penjaga gol & pemain pertahanan Jenoba FC yang menganggap bahawa penyerang SA United telah offside. Gol tersebut menyebabkan saingan kembali sengit kerana masing-masing berusaha untuk mendapatkan gol kemenangan.
Pasukan Jenoba FC membawa masuk penyerang 'Otai' iaitu IR Abd Nasir yang ternyata masih berbisa kerana sentuhan pertama beliau terus menerjah jaring pasukan lawan. Gol ini menyebabkan SA United merasa tertekan dan betubi-tubi melancarkan serangan memburu gol penyamaan. Tetapi, gol yang mereka cari-cari itu tidak menjelma sehingga tamat babak separuh masa kedua.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Jenoba FC (2) - SA United (1).

Sekian, terima kasih.

Sunday, December 11, 2005

Alumni CUP: vs MOZAC

Score: 1 - 1
Goal Scorer:
      1. Name : Kamarul Zaman Shukur
Summary:

Faktor nasib yang tidak menyebelahi pasukan Jenoba FC menyebabkan cabaran untuk Piala Alumni 2005 terpaksa ditamatkan lebih awal. Walaupun mendahului pihak lawan tetapi faktor stamina yang tidak mencukupi telah mengundang padah kepada pasukan Jenoba FC untuk terus mempertahankan kedudukan.
Gol yang diperolehi menerusi jaringan cantik sepakan percuma oleh Aman (Kamarul Zaman Shukur) hanya mampu bertahan hingga akhir separuh masa pertama sahaja apabila pihak lawan menyamakan kedudukan pada lewat babak pertama perlawanan. Kedudukan seri 1-1 kekal hinggan akhir perlawanan.
Berikutan keadaan yang semakin gelap, maka pengadil perlawanan & kedua-dua pasukan bersetuju dengan keputusan supaya tiada masa tambahan dan terus kepada sepakan penalti. Dalam keadaan yang sudah gelap & hanya suluhan lampu kereta di belakang gol, babak sepakan penalti tetap juga diteruskan kerana peraturan pertandingan menetapkan bahawa pemenang mesti ditentukan pada hari tersebut. Diringkaskan di sini, setelah kesemua (10 orang) pemain mengambil sepakan penalti, keputusan masih juga seri dan pihak pengadil terpaksa membuat keputusan muktamad dengan melakukan lambungan syiling (toss coin).
Jenoba FC melantik IR Abdul Nasir (En Nasir) sebagai pemain paling senior untuk membuat pilihan sama ada kepala atau ekor. Ternyata nasib memang tidak menyebelahi Jenoba FC kerana percaturan En Nasir tidak berjaya lalu MOZAC diumumkan sebagai pemenang untuk layak ke peringkat suku akhir bertemu VIOBA.

Sekian, terima kasih..

Saturday, August 20, 2005

FA Cup Match Semi Final: vs Al-Puchong

Score: 0 - 1
Goal Scorer:
Summary:

Saturday, August 06, 2005

League Match: vs Ansara Jasin

Score: 4 - 0
Goal Scorers:
      1. Ahmad Razien Liyackat Ali
      2. Amirul Azri (2)
      3. Mohd Ezri
Summary:

Saturday, July 23, 2005

League Match: vs Ansara Beseri

Score: 5 - 1
Goal Scorers:
      1. Badrul Qamar (2)
      2. Haizul Afta
      3. Amirul Azri
      3. Erwan Abdyllah
Summary: